Wednesday, 4 April 2012

~ terasa diri ini diperlukan ~

        Sebagai mukadimah, aku mulakan dengan ucapan Assalamualaikum dan salam sejahtera... terasa nak menulis sikit sebab bosan tahap gaban sekarang ni. tengok tv pun takde channel yang best. usha u tube pun takde bende best nak di usha. bukak fb pun semakin membosankan, tak taw nak post ape. so baek aku belaja menaip je kat page ni. hohoho..
      Harini aku nak cerita pasal diri aku jugak. dan juga sesiape yang terlibat secara tidak langsung. dari kecik, aku tak yakin bile someone suruh aku buat something. asal orang suruh aku cari @ tolong amikkan barang je, konfirm tak jumpe. aku pun tak taw kenape. lepas tu mule la kene marah, barang depan mata pun susah nak cari. sebab tu la, aku suke mengelak kalau ade orang nak suruh aku buat ape2 pun, sebab aku tak yakin dengan diri aku sendiri. 
     Time kakak aku kawin dulu, memang aku tak tolong langsung family aku. bile kene suruh je baru aku buat, tu pun separuh ikhlas. sebab aku rase macam tak diperlukan. sedih pun ade sebab kakak aku nak kawin. huhu...
     Alhamdulillah, sejak aku amik stpm ( kene stay kat rumah sebab sekolah dekat je ), aku belaja tak pentingkan diri sendiri. selagi aku terdaya, selagi tu aku akan tolong. tak kire la aku boleh buat ke tak. sejak tu, aku rase aku ni berguna dalam family. bukan family aku tak baik dengan aku, tapi aku terikat dengan mind set aku, yang aku ni useless. 
     Tahun lepas, abang aku ( anak ke 3 ) kawin. aku banyak main  peranan. aku sedar aku dah semakin dewasa. aku kene bertanggungjawab. bile aku susah, adik beradik la yang banyak tolong aku ( especially sulung n no. 3 ). kali ni aku kene balas balek jasa diorang. aku membusykan diri buat persiapan. tibe2 abang aku suruh buat something. samada aku atau adik aku ( anak ke 5 ) kene jadi photographer. abang aku dah tak percaya orang luar. mungkin effect mase die akad nikah kat sebelah perempuan, orang tu la mak andam, orang tu la photographer, orang tu la segala2nya. hasilnya, gambar2 yang mak andam amik tak membanggakan.    
     Hari2 yang di tunggu, aku antara orang yang busy hari tu. nervous kot. cuak pun ade. aku cube sedaya yang boleh. aku gune bakat terpendam aku.. aku buat2 busy. aku amik pic sume orang. Alhamdulillah, gambar2 yang aku amik memang nampak macam amateur. budak baru belaja le katekan.
     Ape sebab aku share cerita ni? sebabnye, aku nak sape2 je bace blog ni :
  • dapat manfaat dan kebaikan dari ape yang aku cerita.
  • yakin dengan diri sendiri, jangan fikir yang kita ni seorang yang useless.
  • jangan malu2 nak tonjolkan kebolehan kite.
  • kongsi tenaga kite kepada orang yang memerlukan bantuan kite.
  • sentiasa berfikiran positif.
  • jangan bersangka buruk pada diri sendiri.
  • kalau orang laen boleh percaya pada diri kite, apatah lagi diri kite sendiri?
  • kalau ade sebarang masalah, mengadu pada Pencipta kite. InsyaAllah, ringan sikit beban kite. :)
   Haa,, tu je yang aku nak sampaikan pade semua orang. kalau rase bende ni baek, jadikan teladan. kalau tak baik, jadikan sempadan. :)
poye je mamat ni. die ingat ahli sarkas ke??

adik laki aku jadi pengapit abang aku. cute kan kakak ipar aku??

my lovely sister. cantik kulit beliau.suke tarik kaki orang time tido.

mak sedara aku ( tudung koko ). di bagi name kat aku ( SITI BISTARI ).

the only adik lelaki aku. gigi jarang. kaki pendek.

merry go round....

cantik pulak pic ni. genius jugak aku. hoho!

fyi, semue pic2 ni kat belakang rumah nenek aku je. ade bendang.

abang aku sorang lagi ( pakai spek ). tunggu mase orang nak datang meminang. hehe.

ayah, amin, kak nora, n mak.

mak aku. mak abang2 aku. mak kakak aku. mak adik2 aku. isteri ayah aku.

Tuesday, 3 April 2012

your attendance are compulsory. :)

Assalamualaikum.. hai dan selamat petang. semalam aku banyak cerita mengenai family dan diri aku. hari ni aku berminat nak bukak cerita pasal kawan2 baik aku pulak. dari kecik sampai la ke besar ( umur dah 21 tahun ), selan family aku, orang yang paling rapat dengan aku adalah kawan2. teman aku berseronok, bersedih, bernakal, bermain bersama2. aku tak berapa rapat sangat n cousin2 aku. entah la. aku rase macam ada jurang je antara aku n cousin2 aku. aku banyak bestfriends. masa sekolah rendah, aku rapat dengan amy sarina ( drjah 1-3 ), wani, athirah ( drjah 4-6 ), farah syafira ,wan noraini, alek, alyan, toyibah, hanna, syakirah, raja ( lower form), aliya, atiqa, ned, sya, erin, dzu ( upper form ), shima, liyana ( form 6 ), piqah, farah n ipah ( uitm ). yang uniknya,  semua best friends aku lebih pandai dari aku. bukan aku memilih, tapi diorang sangat kena dengan jiwa aku. aku sangat beruntung dapat kawan2 macam diorang, tapi aku tak pernah belaja dengan diorang macamane nak  berjaya dlam akademik. kalau ikutkan, dah 3 kali aku gagal dalam akademik. tapi aku tak pernah serik. ape la nak jadi ngan aku. huhu...
          Dalam banyak2 bestfriends aku, paling aku suka kawan dengan aliya & atiqa. diorang sangat sweet. aku ingat lagi, first time aliya masuk kelas aku dulu ( die budak 2nd intake ), aku tak suke dia. aku tak suke budak baru. aku buli mental die. lame2, aku suke sikap die. baru aku taw, dia ni muda setahun dari aku. dia lebih matured dari aku ( mungkin sebab die anak sulung kot ). dia fotogenik. aku suke amik pic n die. die low profile. sangat merendah diri. aku suke paw makanan die. aku suke bile bersama n die. aku suke everything about her. and i will love her forever. :)

         Second, atiqa. die seorang periang, ramah, manja. even sebaya n aku, tapi aku suke layan die macam seorang adik. asal bau nutella je aku teringat die sebab die suke makan nutella. die la yang bawak budu time lunch kat beseri dulu. die ni kuat makan. suke makan kat kafe dulu. die suke tido kat bilik aku. seorang yang agak branded, tapi still low profile. die suke gelak. ape yang seronok sangat pun tak taw la. hehehe.. die suke sangat band muse dulu. tak taw la sekarang suke lagi ke tak. anyway, i also love her..

         Sekarang ni, aku dah lost contact n diorang. mungkin sebab aku yang jauhkan diri dari diorang dulu. lepas aku masuk stpm, aku jarang contact n member2 aku yang lain jugak. aku rase malu. kawan2 aku semua berjaya, tapi aku sebaliknya. salah aku jugak. sape suruh malas belaja dulu. huhuhuhu....
         Apa2 pun, aku tak pernah menyesal ada kawan2 baik ( dari sekolah rendah sampai sekarang ) macam diorang. aku seronok kawan n diorang. tak dilupakan jugak kawan2 aku yang lain. semuanya bermakna dalam hidup aku. diorang banyak mengajar aku tentang kehidupan, keseronokan ,kebaikan, keburukan, kesedihan, kemalasan, dll. aku respect semua kawan2 aku!!!!
classmates aku aka my bestfriends mase kat mrsm beseri.

bestfriends aku mase kat plkn dulu. diorng semua dari kompeni bravo, tapi aku je  kompeni delta.hehe..

bestfriends aku mase form 6. kelas aku ad 6 orang je. sorang lagi budak laki, tolong amikkan pic ni.



kawan2 aku dari mrsm gerik sampai la beseri. gila2.

haa, yang ni pulak adik2 aku aka bestfriends aku kat uitm pulak.

housemates aku untuk sem 2.

some of my classmates at uitm. tapi dah kurang sorang, sebab  die meninggal. miss her....

yang ni tua setahun dari aku. sem 1 dulu, katil die sebelah aku.  best jugak kawan dengan die.

yang ni kawan aku mase gi pulau pangkor haritu. smpai sekerang kitorang still contact each other.

housemates aku untuk sem 1. housemates fav aku. semua gila jugak.hehe..

lastly, budak2 kelas aku di uitm. sepanjang 2 tahun ni, muka2 ni  la ak kene tengok tiap2 hari. huhu....


      Ok, setakat ini sejelah aku ingin sampaikan. aku doakan kepada sesiapa saje yang bace coretan aku ni ;
  • semoga Allah mengampuni dosa2 kalian.
  • semoga kalian dapat menjalani ibadah dengan sempurna.
  • semoga kalian juga menghadapi hari kalian dengan tabah dan penuh kesabaran.
  • semoga kalian sentiasa bahagai bersama orang2 yang tersayang.... :)
aku roger dulu ye. wassalam.....


Monday, 2 April 2012

Assalamualaikum.. fuh, tak terdetik pulak nak buat blog. spontan je tangan ni nak create my own personal blog. InsyaAllah, kalau benda baik apa salahnye kite share kan? hehehe. ape yang baik pasal diri aku pun tak taw la. whatever it is, semua orang hepi, aku pun tumpang sekaki la gamaknye.. 
        So, aku sekarang ni blur kejap, tak taw nak merepek ape. nervous jap. huhu.. hmm.. should we start first about myself? ok. nama aku siti bistari omar, aka seri ( nickname aku dari kecik,tapi khas untuk sedara terdekat ye ), aka bis ( ni nickname aku bile aku hang out ngan member2 pulak ), aka siti ( haa,, golongan ustaz2 je yang selalu panggil nama ni ). asal taiping, perak. sekarang ni aku musafir kat gerik selama 16 tahun. alhamdulillah, even tempat ni hulu, at least chemical bonding antara family aku kukuh dan tak buat perangai. lahir 4 feb, sama dengan 3 orang member aku, pullah, ku, n jemy. tak lupa juga same date with natalie imbruglia ( if i`m not mistaken la ). anak ke 4 dari 7. asalnye ada 8 orang, tapu bukan rezeki kami sekeluarga, yang no. 8 pergi dulu dan insyaAllah kami akan jumpe dia kat syurga nanti. 
         Haa, ni semua ahli2 family aku. dah ada 2 orang ahli baru, abang ipar n kakak ipar aku. yang sulung ( kakak ) kawin masa umur aku 17 tahun. yang ke 3 pulak kawin time umur aku 20 tahun. aku ni tunggu masa je nak naik pelamin. nervous!!!!! insyaAllah, aku plan b4 umur aku 27 tahun. ape2 pun, aku sayang gile2 kat family aku. n semua orang pun dah jadik gila macam aku. hehe..
        Mak pernah cakap mase aku dalam perut mak aku dulu, aku ni buas. tak reti dok diam. bile lahir je, bersepah parut kat badan aku. satu ada kat tangan ( aku terperasan parut kat tangan aku ni macam kelawar ), satu lagi kat kepala ( nak kata parut kat kepala bukan jugak, tapi ada satu ruang kecik yang takde sehelai rambut pun yang tumbuh. ) sampai hari ni, adik2 aku suka sakat aku, panggil aku tobek ( tak taw la bahasa apa, tapi maksud die botak jugak la ).
          Fizikal n bakat aku banyak ikut ayah, n sebahagian besar sikap aku banyak ikut mak. aku darah O+, same n mak aku. muka garang aku ikut ayah, sebab tu la kebanyakan orang takut nak tegur aku. dalam diam2, aku ni romantik orangnye ( cewaah! ). sape yang kenal aku lama, diorang taw aku ni macamane. so, sape2 yang pernah terserempak n aku ,jangan takut nak tegur. aku ni peramah. jangan risau. :) tapi korang akan rasa malu kejap. sebab apa? try la test tegur aku dulu. kita tunggu dan lihat saja. 
       Aku rase yang tu je la my pre-intro pasal diri aku. tulis panjang2 pun bukannye nak bace, kan? hehe. takpe, lepas2 ni aku ade banyak cerita yang nak dikongsi. macamane aku boleh taw bakat aku, kenapa aku senget, apa sebab aku belajar menari, dll. So, see u in the other day!! 

             * sape2 yang termelayari blog aku n sudi baca smpai habis, thanks ek. even cerita aku sedikit memboringkan, tapi nak buat macamane.... :)