Sunday, 14 April 2013

the way it is

       sekian lama, datang kesempatan untuk aku membuang masa di sini. bukan untuk mengadu, tapi untuk meluahkan apa yang aku rasa & apa yang aku alami. bunyi macam serius, tapi tak la seserius yang disangka. 
        setiap orang berhak buat keputusan sendiri. macam tu jugak dengan aku. kadang2 kita salah percaturan dalam membuat keputusan. siapa lagi yang dapat tolong kita, keluarga dan rakan2 juga. tapi yang satu ni jangan lupa. Sang Pencipta kita. 
        aku sedih dengan apa yang jadi pada diri aku sekarang ni. salah aku ke? memang pada awalnya aku cuba nak menafikan benda ni, tapi aku tak sangka benda ni jadi lebih serius.   
       tolong la, aku tak mahu bebankan diri aku dengan beban yang sememangnya aku tak mampu nak tanggung seorang diri. cukuplah apa yang aku rasa selama ni. i need someone who really understand me. someone can support me. 
       tapi apakan daya, semua ni tak dapat aku nak elak. aku kena jugak hadapinya dengan segala keupayaan yang aku ada. aku kena jadi kuat jugak. 
       next topic. aryssa sekarang ni dah berginjak ke umur 10 bulan. bangga aku jadi makcik dia. hehe. boleh dikatakan dia bakal menjadi copy paste aku bila besar nanti. hmm. agak2 dia boleh ingat lagi tak family aku? ayah aku cukup sayang dengan cucu tunggal dia tu. takpe ayah, nanti seri bagi kat ayah 10 cucu. hahaha.    
        tak sabar la aku nak jumpa budak tu. mungkin dalam sebulan setengah lagi baru aku boleh jumpa budak michelin tu. macam tak percaya, aku orang pertama yang ajar dia jalan dulu, bukan main suka kalau orang ajar dia nak berjalan. hohoho. yela, mak selalu cerita yang aku ni masa baya2 aryssa, mak takut sangat nak pegang aku. sebabnya mak cakap aku ni lembik je, macam tulang nak patah. risau sangat nak bela aku dulu. tapi sekarang ni, aku la antara yang terkuat dalam keluarga aku. bangga taw. hahaha.

# dalam dilema. ikut kata hati, atau ikut kata orang yang lebih berpengalaman. tak suka feeling macam ni. serabut taw tak. :(