Friday, 23 November 2012

전 우 치, Jeon Woo Chi

     Assalamualaikum. hari ni nak preview sikit pasal drama terbaru dari Cha Tae Hyun, Jeon Woo Chi. Actually dulu Jeon Woo Chi ni adalah movie lakonan dari Kang Dong Won. Then diadaptasikan ke drama pulak sebanyak 20 episod ( kalau tak silap). 

   Kisah cerita ni simplo je. Kalau movie, die menceritakan mengenai ahli sihir berbakat, iaitu Jeon Woo Chi yang suka cari pasal dengan kenakalan dia. Selanjutnya, kene la tengok. Tak reti nak cerita lebih2. Hehehe. Tengok la. Tak rugi pun. Masih lagi berbaloi untuk ditonton. Tapi tak sure pulak versi drama ni still sama macam movie or sebaliknya.

ni lah jeon woo chi sebenar. lakonan yang hebat dan bertenaga dari abang hensem kang dong won. :)

main poster. lelaki kat depan tu jahat. perempuan tu pulak awek dia.
yang ni pulak jeon woo chi versi drama. lakonan dari pelakon master of comedy, cha tae hyun.

musuh utama jeon woo chi. tak taw nama apa.

gaya seorang ahli sihir.


      Aku suka versi movie dan drama. sebabnye aku suka lakonan kang dong won dan cha tae hyun. lebih2 lagi cah tae hyun, aku memang respect dengan lakonan die. aku follow movie2 die sebelum ni dan baru2 ni die terlibat dengan variety show, 2 days 1 night. 

      So sampai sini je tugas aku mempromosi cerita ni. Aku rekomen mana yang baik bagi aku untuk ditonton, tak kira la sape2 pun. Maaf la kalau ade kekurangan ke. Ape2 pun, untuk melakukan yang terbaik, semestinye kite kena berusaha keras, kan? :)

* hah, ketagih 2 days 1 night season 2. diorang berusaha nak naikkan rating balik. bukan kerja yang senang.  

Tuesday, 20 November 2012

각시탈 - GAKSITAL - BRIDAL MASK

main poster. GAKSITAL.

bridal mask a.k.a lee kang to & bestfriend, shunji. time ni abang & mak kang to, dan abang shunji mati dibunuh.

karisma watak utama yang menghidupkan jalan cerita.

sebab apa dipanggil bridal mask?? sebabnya tradisi perkahwinan masy. korea akan memerahkan pipi para pengantin ketika majlis 'akad nikah'.
watak bridal mask dimainkan oleh JOO WON.

tak dapat nak ulas panjang sebab baru je nak berjinak dengan cerita ni. kalau bukan die terlibat variety show 2 days 1 night, rasenye tak tengok la kot. hehe..

* tak sabar nak tunggu drama jeon woo chi pulak. welcome back CHA TAE HYUN!!! 
* 2 days 1 night!!!!!





Friday, 9 November 2012

movie: PUNCH a.k.a wan deuk

salam kalian. malam yang sunyi ditemani lagu2 dari epik high, boa, infinite, hyori dan hyuna, ingin aku kongsikan sedikit tirbute movie yang baru je aku tengok sejam yang lalu.
   
   seperti tajuk entri aku harini, punch a.k.a wan deuk. tak terlalu klise. tak terlalu prejudis. simple story line. kalau nak tengok untuk rileks2 je, boleh la tengok movie ni. melibatkan kisah hidup student bernama wan deuk yang suka gaduh2. salah satu puncanya, rakan sekolah dia sering ejek ayah dia yang bongkok dan digelar hunchback. ayah dia menyara keluarga dengan membuat persembahan di pub atau di pasar malam. 
   ada pulak sorang cikgu lelaki ni jiran dia. suka sibuk hal wan deuk. actually cikgu ni amik berat pasal die, tapi agak kasar la cara die. tapi masih kelihatan gagah. haha. 
   selanjutnya, tengok la sendiri. movie yang tak terlalu berat, tapi motif jalan cerita sangat jelas even tak ada konflik.

 
watak wan deuk,17 dimainkan oleh yoo ah in. nampak muda kan? 
movie ni tayangkan pada tahun 2011.

main poster. gambar atas tu cikgu homeroom dia. 

babak ketika di dalam kelas. sering berseorangan. tak suka berkawan. tapi ada awek cun.

babak ketika wan deuk, ayah, pakcik dan cikgu dia di depan rumah dia. konflik dengan jiran sebelah rumah.

hubungan antara cikgu dan pelajar yang erat dan saling memahami. 

pendapat aku tentang movie ni, jangan berasa rendah diri dengan kekurangan yang terdapat pada diri atau keluarga kita. anggap ia sebagai satu hikmah untuk kita terus maju menjadi orang yang berjaya. lagi satu, cari potensi diri. bukan semua orang boleh belajar kan? anggap kelebihan yang terdapat pada diri kita sebagai sumber kejayaan dalam kehidupan kita. sekian.

* puas hati dengan keseluruhan jalan cerita. yoo ah in, daebak!!!!!
* suka watak cikgu dan wan deuk. nak sangat dapat cikgu macam   ni :)