Wednesday, 23 May 2012

드디여 ! aka akhirnya !

akhirnya, dan akhirnya! even tak semua, tapi most of it!! hehe. aku puas seketika. sememangnya hobi aku mengumpul, kali ni aku cube mengumpul movie2 dari pelakon yang digelar sebagai jim carrey korea, cha tae hyun. 


review sikit pasal die. mase aku tengok variety show korea "family outing", memang aku menyampah ngan die. tak reti nak dok diam. suke sangat menyakat orang. dah la malas pulak tu. lepas tu aku tengok pulak "runningman", pon aku still tak suke die jugak. mentang2 la kim jongkook tu bestfriend die. huh! 


tapi, keadaan kini telah berubah. ade la satu hari tu, aku nak cari drama korea ape yang best nak ditengok. aku try la nak tengok drama the accidental couple a.k.a that fool. tetibe je ade list keluar movie tajuk ba:bo the miracle of giving fool. starring cha tae hyun n ha ji won. tanpa ragu2, aku pon terus klik kat link yang ade kat situ. aku pon tengok la movie tu sampai habis. AWESOME! sangat kemanusiaan movie tu. menangis aku tengok. huhuhu... 


semenjak kejadian itu, aku terus memburu movie2 lakonan cha tae hyun. result nye tak menghampakan aku. most of movie die memang sangat bagus di tonton. takde scene2 yang menggairahkan, sesuai budak2 menonton n penuh dengan pengajaran. sebagai seorang wanita, aku menangis kerana terlalu menghayati movie2 die, sangat touching!


kepada cha tae hyun, saya berharap awak dapat menghasilkan karya2 yang bermutu dan memberi kesan kepada masyarakat. tak sabar tunggu movie baru dari awak, the great heist. saya akan terus menyokong awak dari belakang. hwaiting!!!! :) 
( saya dah jadi one of your fan club, agape!)


2 days 1 night season 2. dari kiri : seungwoo, joo won, sikyung, taewoong, jongmin, cha taehyun, sugeun. die ni suke gelak.

BA;BO the miracle of giving fool. dalam movie ni, die bawak watak  jadi  orang lembam yang terpaksa jaga adik die yang bersekolah. so die jual roti bakar kat sekolah adik die.

two guys. tak tengok lagi movie ni. die bawak watak kasanova. tak sure jalan cerita macamane.  yang aku taw, nanti die ade problem n gengster.

champ. adaptasi dari cerita sebenar. berkisar mengenai seekor kuda yang mengalami accident,  paham2 la kalau kuda dah ade penyakit @ injured, sememangnye layak untuk dijual @ dimakan. dalam movie ni, die pegang watak sebagai jocker yang mengalami accident jugak dan kehilangan isteri tersayang, die latih kuda tersebut sehingga berjaya ke ke peringkat akhir perlawanan lumba kuda. 

my sassy girl. movie yang menaikkan name die sebagai pelakon komedi. jangan main2 n movie ni, sampai mat salleh pon buat dalam versi diorang. orang jepun pon buat drama pasal cerita ni. movie komedi yang mempunyai kutipan yang paling tinggi sehingga kini. diadaptasi dari kisah benar yang bersumberkan dari internet.

speedy scandal. dalam movie ni, die pegang watak sebagai seorang dj, yang mana satu hari die dihadiri oleh seorang remaja perempuan dan seorang budak lelaki. pompuan tu anak die, n budak lelaki tu adalah cucu die. hoho. 

my girl and i . tak tengok lagi movie ni. ending movie, heroin mati sebab sakit ape ntah. 

hello ghost. ending yang tak boleh nak predict. movie ni memang best. mamat ni try nak bunuh diri. tapi satu hari , die berkebolehan nampak orang yang dah mati. 

highway star. dari seorang vokalis untuk rock band, die famous sebagai artis dengan menyanyikan lagu2 trot ( kalau kat malaysia, trot ni macam dangdut la). 

sad movie. gabungan beberapa kisah dari orang2 yang berbeza.  tak tenogk lagi movie ni, baru je habis download.

kepada kalian2 yang sukakan movie berkisarkan kekeluargaan dan berpengajaran, aku syorkan tengoklah movie2 dari cha tae hyun. takde scene2 yang terlalu menjolok mata, selamat ditengok semua golongan umur. kebanyakan lagu2 ost, die la yang menyanyi. hebat kan? hehehe. :)

* suke tengok cha tae hyun, kim jongkook n jang hyuk. tak sangke pulak diorang ni bestfriend. masing2 perwatakan berbeza, tapi boleh ngam among each other.

Wednesday, 16 May 2012

what a wonderful world....?

     Kalau dah name cuti, memang cuti sungguh. nak keluar rumah tu dalam mimpi je. condition aku untuk cuti ni dalam kritikal. hormon aku buat hal. habis muke aku penuh jerawat. salah makan idok la pulak. aku habiskan duit belanja aku untuk membeli ubat2 yang dianggap mujarab menghilangkan segala jerawat serta parut2nye. survey internet, ramai yang ade masalah yang same gune DALACIN T ( beli kat farmasi about rm35, hrga asal rm45, aku dapt murah sebab pernah kerja kat farmasi dulu ). aku baru je pakai dalam 4 hari. effect setakat ni, menatang ni percepatkan proses kematangan jerawat. kalau nak tengok keberkesanannya, kene tunggu dalam 2-3 minggu. semoga mental dan jasad aku bersabar dalam proses tersebut...   
      
 Most of my time mengadap laptop. aku jarang main fb, bosan. kadang2 je bukak. so, aku sibukkan meng"download" movie2 yang aku rase best, antaranya movie2 stephen chow. ade la dalam 6 movie; hail the judge, royal tramp I & II, flirting scholar, jutice my foot, fight back to school. antara fav movie aku & paling lawak bodo.   aku ade layan gak drama2 korea online. drama rooftop prince, thank you, the moon that embraces the sun, protect the boss, the babyfaced beauty, dll. nampak sangat dah takde bende nak buat. adik2 pulak ade dok asrama, so terkontang la aku sebagai remaja di rumah. nak kerja malas. better aku jadi orang gaji sementara kat rumah, dapat jugak pahala. 
     
      Aarghhh... semalam aku dengar kabar BIGBANG nak datang Malaysia nak buat konsert. tak sure bile. aku tak suke!! sebabnye aku tak boleh nak join. harga tiket konfirm2 dah mahal. kalau aku gi nanti, nak stay kat mane? nak gi dengan sape pulak? aargh!!! takkan aku nak simpan duit semata mata nak tengok konsert diorang pulak? my solution : aku kena menghadapi kenyataan. kalau ade rezeki, aku join. aku takkan sia2kan duit simpanan aku. aku kena kuatkan iman. semua ni DUGAAN. 
     
      Aku respect la sape yang tak minat kpop ni. sebab diorang dalam golongan yang cekal dan tabah. bahana minat kpop ni sangat la parah. bile dah minat seseorang artis ni, memang minat gila2 la gua cakap. aku sendiri pun dah jadi tak betul. 24 jam korea je. semua benda nak dizahirkan dengan muke2 orang korea. nasib baik, zaman tu dah berlalu. sekarang ni aku boleh kawal 'kegilaan' kpop dalam diri aku. aku minat yang betul2 ada bakat je. yang lebih2 tu aku dah tak heran. kalau dulu, semua lagu korea yang ade nak je aku download. Alhamdulillah, aku kini kembali normal. hohoho..... orang ade cakap ( orang2 berilmu ) kpop ni berhala moden. ketaksuban masyarakat sekarang terhadap sesama manusia sehingga boleh melalaikan seseorang untuk  melaksanakan ibadah. bahaya tu. ade yang taksub sampai order satu set alas bantal n selimut n cadar dengan figure fav. artis diorang, kononnye dapt tido sekali n diorang, nak selalu mimpikan diorang. ape kejadah la. aku dulu pun nyaris2 jugak nak jadi macam tu. 
      
    Tak sabar nak balik kampus. aku dah plan macam2. aku nak backpack travel area penang, naik train mengelilingi malaysia. hoho!! 


suke tengok pic ni. muat pulak mamat ni selit celah bas. haha! my giant-caring brother.


Saturday, 5 May 2012

~ 5 tahun dari sekarang ~

gunung jiri @ jirisan
 terpengaruh dari variety show, 2 days 1 night. tempat ni sangat cantik. target aku  ak tawan gunung2 yang ada kat dunia ni sebanyak yang boleh. gunung jiri temasuk dalam list aku.

gunung serak @ seorak san
 antara gunung yang tertinggi kat korea. masih terpengaruh dengan variety show, 2 days 1 night. aku masukkan gunung ni dalam list projek mendaki aku. woohoo!
pulau nami @ namido
 kebanyakan orang taw tempat ni sebab tengok drama winter sonata. tapi bukan aku. aku taw tempat ni dalam variety show, 2 days 1 night jugak. aku ingat lagi dalam mission game,team 2d1n kene lari relay dalam masa yang ditetapkan. so, diorang gune scene ni untuk siapkan mission tu. at last, diorang berjaya jugak. i love this place. and i miss them too.
pulau jeju @ jejudo
 yang ni memang tempat aku wajib gi. nyaris2 nak join dlam list 7 keajaiban di dunia. aku mula taw detail pasal tempat ni dari drama jewel in the palace. asal tempat ni dulu untuk pesalah yang buat jenayah. termasuk jugak la dayang2 @ pembesar2 @ tabib2 istana yang didapati bersalah. selain tu, 40% sumber
teh adalah dari pulau jeju. sape2 yang tengok runningman & summer scent, diorang ade gunekan scene ladang teh untuk penggambaran.

waterfall di gunung jiri @ jirisan  
kalau tengok dalam gambar, tak secantik gambaran yang gambar ni bagi. aku tengok dalam variety show 2d1n, tempat ni sangat la cantik. kene daki dalam2 gunung jiri, baru jumpe tempat ni,

sebelum aku gi tempat2 ni, aku kene khatam dulu tempat kelahiran aku. bile aku gi negara orang, boleh aku promote negara aku pulak. whatever it is, saya bangga menjadi rakyat Malaysia!

* masa kecik2 dulu, terdetik nak gi negara yang produce keju. aku lupe negara mana.

Tuesday, 1 May 2012

~ bukan idola, cuma mengkagumi ~

bigbang

kenichi matsuyama

ji sung

choi daniel




bukan idola, cuma mengkagumi. mereka tahu kebolehan mereka dan mereka menggunakan sebaiknya. memang tak dinafikan aku memang minat korea. bukan semua aku minat, aku minat yang betul2 berbakat je, yang ada faktor x. macam bigbang, aku kagum dengan leader diorang, g-dragon. boleh nyanyi, produce lagu sendiri, fashionista. kalau kenichi pulak, dia bawak watak L dalam death note sangat menjadi. aku rasa macam nak cari je boyfriend macam tu. hoho.. ji sung & choi daniel pulak, aku suka stail diorang bawak watak diorang. natural dan bersahaja.
    setiap orang ada keupayaan masing2. bukan aku nak banggakan korea, tapi diorang bersungguh nak jadi yang terbaik. kadang2 aku terpikir, apa yang aku boleh buat sebenarnya? apa kebolehan aku? apa keupayaan aku? macamana aku nak tau apa yang aku boleh buat? umur dah nak mencecah 30, tapi matlamat hidup masih kabur. kalau ikutkan hati, cita2 aku nak keliling dunia. nak belajar cara hidup & mencari pengalaman. aku suka tempat2 menarik. InsyaAllah kalau ada rezeki. aku harap, ujian hidup yang bakal mendatang dapat menonjolkan diri dan kebolehan aku. aku nak sangat berbakti untuk orang lain. seronok kan kalau kita dapat seronokkan orang lain. terutamanya kedua ibubapa kita. 
that`s all from me. :)

* semalam baru tau, kenichi dah kawen! die mude lagi kot. dah ade anak sorang. frust!!!!!!!!!

salah satu bakat aku. acara fav aku, lari pecut.