Tuesday, 7 May 2013

sahabat sampai ke liang lahad.

"Bersahabatlah ibarat sepohon pokok, yang berakarkan KESETIAAN, berbatangkan KEIKHLASAN, berdahankan KEJUJURAN, berantingkan KESEFAHAMAN dan berdaunkan KASIH SAYANG."

"Persahabatan itu seperti mata dan tangan. Ketika tangan terluka mata menangis. Ketika mata menangis tanganlah yang menghapuskannya, dan orang mengenali benar sahabat-sahabatnya ialah pada waktu dia dalam keadaan susah."

        Kalau nak didefinisikan maksud kawan atau sahabat memang banyak. Salah satu contoh yang boleh aku bagi seperti di atas. Selain daripada family, sedara mara & guru2, sahabat antara orang yang paling hampir dan sangat memahami kita. Macam2 jenis sahabat boleh kita jumpa. 
       Contoh macam aku, sepanjang hidup aku, dah macam2 jenis manusia aku jumpa sejak masuk U. Kalau setakat sekolah dulu, mungkin masa tu budak2 lagi, so tak berapa nak nampak sangat karakter kawan2 aku. Bila dah masuk U, hanya Tuhan je yang tahu. Kau cakap je kau nak kawan jenis macamana, mesti ada. Kalau setakat sorang dua takpe lagi, yang ni dia bawak geng2 sekali. Haha. Nasib baik la imuniti aku kuat sikit. Tapi masih jugak berjangkit sikit2.
      Walaupun dah macam2 karakter manusia aku dah jumpa, alhamdulillah aku boleh terima kawan2 aku seadanya. Sedangkan diri sendiri pun ada kelemahan, masakan kelemahan orang lain kita tak boleh nak terima. Apa2 pun, aku bersyukur. Sejahat2 aku, ada jugak orang nak buat kawan. Hehe. 
      So, kepada kawan2 (especially budak2 environmental health 2011/2013), terima kasih dan tahniah kerana kita sama2 berjaya mengharungi liku2 perjuangan kita bersama hingga ke akhir. Sapa2 yang pernah kena buli dengan aku, mintak maaf sangat2. Biasa la, sebagai orang paling tua, dia ada hak lebih sikit. Hehe.
       Tak lupa juga pada pensyarah2 yang banyak membantu dan beri tunjuk ajar. Seumur hidup aku, ini kali pertama aku rapat & memiliki guru2 yang sangat caring pasal anak2 murid mereka. Dan yang paling best, aku dapat lecturer pelbagai kaum. Ada Melayu, Cina & India. Best woooo!!!

# tidak lupa juga pada arwah Bashirah. Tak sempat nak mintak maaf sebelum dia pergi. Aku banyak buat salah dengan dia sepanjang bersama dengan dia. Apa2 pun, she's my lovable sister ever. Al-Fatihah.































Sunday, 14 April 2013

the way it is

       sekian lama, datang kesempatan untuk aku membuang masa di sini. bukan untuk mengadu, tapi untuk meluahkan apa yang aku rasa & apa yang aku alami. bunyi macam serius, tapi tak la seserius yang disangka. 
        setiap orang berhak buat keputusan sendiri. macam tu jugak dengan aku. kadang2 kita salah percaturan dalam membuat keputusan. siapa lagi yang dapat tolong kita, keluarga dan rakan2 juga. tapi yang satu ni jangan lupa. Sang Pencipta kita. 
        aku sedih dengan apa yang jadi pada diri aku sekarang ni. salah aku ke? memang pada awalnya aku cuba nak menafikan benda ni, tapi aku tak sangka benda ni jadi lebih serius.   
       tolong la, aku tak mahu bebankan diri aku dengan beban yang sememangnya aku tak mampu nak tanggung seorang diri. cukuplah apa yang aku rasa selama ni. i need someone who really understand me. someone can support me. 
       tapi apakan daya, semua ni tak dapat aku nak elak. aku kena jugak hadapinya dengan segala keupayaan yang aku ada. aku kena jadi kuat jugak. 
       next topic. aryssa sekarang ni dah berginjak ke umur 10 bulan. bangga aku jadi makcik dia. hehe. boleh dikatakan dia bakal menjadi copy paste aku bila besar nanti. hmm. agak2 dia boleh ingat lagi tak family aku? ayah aku cukup sayang dengan cucu tunggal dia tu. takpe ayah, nanti seri bagi kat ayah 10 cucu. hahaha.    
        tak sabar la aku nak jumpa budak tu. mungkin dalam sebulan setengah lagi baru aku boleh jumpa budak michelin tu. macam tak percaya, aku orang pertama yang ajar dia jalan dulu, bukan main suka kalau orang ajar dia nak berjalan. hohoho. yela, mak selalu cerita yang aku ni masa baya2 aryssa, mak takut sangat nak pegang aku. sebabnya mak cakap aku ni lembik je, macam tulang nak patah. risau sangat nak bela aku dulu. tapi sekarang ni, aku la antara yang terkuat dalam keluarga aku. bangga taw. hahaha.

# dalam dilema. ikut kata hati, atau ikut kata orang yang lebih berpengalaman. tak suka feeling macam ni. serabut taw tak. :(
      

Wednesday, 13 February 2013

cuti raya cina

         cuti raya cina. sama je macam cuti tahun tahun sebelum ni. tapi cuti kali ni mak suruh balik kampung. sebabnya ada kenduri tunang anak anak tok su dan tolong nenek buat minyak kelapa. actually dalam setahun nenek aku mesti buat minyak kelapa dan aku serta adik beradik yang lain jadi buruh kerahan nak tolong nenek kitorang. hmm. agak seronok. tapi agak penat jugak. kali ni hanya aku, nenek dan adik adik pompuan aku je yang buat kerja ni.
       
        dulu masa kecik kecik, seronok sikit buat kerja ni sebabnya ada kakak aku, abang abang aku, adik adik aku. so, kitorang akan amik giliran dan semua orang kena buat jugak. hehe. bukan setakat buat tu je, kitorang ada la jugak sembang sembang kosong, sakat menyakat. seronoknya waktu tu. aku selalu jugak mengelat dan selalu jugak kena marah. haha.

        haaa, kalau korang nak taw macamana nak buat minyak kelapa tu, jemput la datang kampung nenek aku. tapi just for orang yang aku kenal je ok. seronok. aku jamin. tapi takde la seronok sampai tak ingat dunia pulak. seronok biasa biasa je.

        sekali lagi aku ditocher oleh mak dan kakak aku. mak aku selalu mention umur aku. 22. lagi 2 tahun boleh tunang la, boleh kawen la. jadi, apa maksud tersirat beliau? hmmm. mungkin dia nak aku jadi surirumah berjaya? mungkin beliau mahu ikut mengikut trend kawen muda? ataupun.....

        kakak aku pulak ingat aku ni umur 24. errr. actually tu lagi 2 tahun ek along. haih, apa kena la dengan familly aku ni. aku ni dah la miskin hina. boypren pun takde lagi. apetah nak bertunang kawen bagai. takpe takpe, semalam aku dah try approach orang yang aku suka 3 tahun. tapi aku rasa macam tak kena la. huhuhuhu.

         so, thats all from me today. sembang sembang kosong lagi tak bermakna. sesi perluahan masalah selesai di sini.

* hmmm. masalah masalah yang belum boleh lagi diselesaikan. kena tunggu lagi 5 tahun. dan kurang.

Saturday, 12 January 2013

perlu ke semua ni???

                    Assalamualaikum..

        semenjak menjak ni, jarang sungguh aku mengupdate story pasal aku kan. yela, hidup aku ni bosan sikit. tak la menarik seperti certain2 orang. tapi, apa yang aku taw, hidup aku lebih bahagia dari certain2 orang. itulah antara benda yang boleh aku banggakan. :)

        pejap celik pejap celik, cepat betul masa berlalu. kalau tahun lepas aku umur 21, tahun 2013 maka berganjak la umur aku pada tahap yang mungkin mencabar bagi aku as anak dara yang masih available, 22 tahun. haha. semua orang yang kenal aku tertanya, betul ke aku ni single lagi? muka cantik jelita, badan solid, berbakat, takkan takde orang berkenan kot?? * blah, syok sendiri*. haha. bukan takde orang berkenan, cuma aku ni la kot yang demand sangat. alih2, orang pun demand ngan aku. asal aku suke orang tu je, konfirm2 akukene reject jugak. hahaha. loser gile!!!!!

        tapi kan, aku rase macam ade something yang besar akan terjadi kat aku tahun ni. taw tak, dah 4 kali aku mimpi yang aku ni nak kawen. tapi yang tak bestnye, boleh pulak terjaga time elok je aku nak bersanding. arghh!!!!! * rilek2, takde rezeki lagi*. kalau pasal jodoh ni, aku berserah je. kalau ade, adela. tapi, aku pun kene usaha jugak kan? :)

       haa, alang2 tu, aku nak promote sikit. sape2 rase die tu single, berumur lingkungan 22-33 tahun, mencari wife-to-be yang mempunyai ciri2 berikut :
    - berumur 22 tahun, berasal dari perak
    - komitmen dalam menjalani CINTA , even jarak jauh
    - berasal dari keluarga yang agak sederhana dan mewah kasih sayang
    - pendengar yang baik
    - suka bergurau
    - sukakan keamanan & keindahan semulajadi
    - suka melancong
    - dan lain2 lagi

       aku alu2kan pada sape2 yang berminat. tapi, must be serious ok. sebabnye wife-to-be tu adalah aku, SITI BISTARI OMAR. * promote diri pulak*. hehe.

         so, thats all. laen kali aku bukak story laen pulak la. hmm, maybe more interesting & more surprises! just wait & see, ok?

 # doakan saya mendapat jodoh dalam kalangan orang2 yang baek ye. :)

Friday, 23 November 2012

전 우 치, Jeon Woo Chi

     Assalamualaikum. hari ni nak preview sikit pasal drama terbaru dari Cha Tae Hyun, Jeon Woo Chi. Actually dulu Jeon Woo Chi ni adalah movie lakonan dari Kang Dong Won. Then diadaptasikan ke drama pulak sebanyak 20 episod ( kalau tak silap). 

   Kisah cerita ni simplo je. Kalau movie, die menceritakan mengenai ahli sihir berbakat, iaitu Jeon Woo Chi yang suka cari pasal dengan kenakalan dia. Selanjutnya, kene la tengok. Tak reti nak cerita lebih2. Hehehe. Tengok la. Tak rugi pun. Masih lagi berbaloi untuk ditonton. Tapi tak sure pulak versi drama ni still sama macam movie or sebaliknya.

ni lah jeon woo chi sebenar. lakonan yang hebat dan bertenaga dari abang hensem kang dong won. :)

main poster. lelaki kat depan tu jahat. perempuan tu pulak awek dia.
yang ni pulak jeon woo chi versi drama. lakonan dari pelakon master of comedy, cha tae hyun.

musuh utama jeon woo chi. tak taw nama apa.

gaya seorang ahli sihir.


      Aku suka versi movie dan drama. sebabnye aku suka lakonan kang dong won dan cha tae hyun. lebih2 lagi cah tae hyun, aku memang respect dengan lakonan die. aku follow movie2 die sebelum ni dan baru2 ni die terlibat dengan variety show, 2 days 1 night. 

      So sampai sini je tugas aku mempromosi cerita ni. Aku rekomen mana yang baik bagi aku untuk ditonton, tak kira la sape2 pun. Maaf la kalau ade kekurangan ke. Ape2 pun, untuk melakukan yang terbaik, semestinye kite kena berusaha keras, kan? :)

* hah, ketagih 2 days 1 night season 2. diorang berusaha nak naikkan rating balik. bukan kerja yang senang.  

Tuesday, 20 November 2012

각시탈 - GAKSITAL - BRIDAL MASK

main poster. GAKSITAL.

bridal mask a.k.a lee kang to & bestfriend, shunji. time ni abang & mak kang to, dan abang shunji mati dibunuh.

karisma watak utama yang menghidupkan jalan cerita.

sebab apa dipanggil bridal mask?? sebabnya tradisi perkahwinan masy. korea akan memerahkan pipi para pengantin ketika majlis 'akad nikah'.
watak bridal mask dimainkan oleh JOO WON.

tak dapat nak ulas panjang sebab baru je nak berjinak dengan cerita ni. kalau bukan die terlibat variety show 2 days 1 night, rasenye tak tengok la kot. hehe..

* tak sabar nak tunggu drama jeon woo chi pulak. welcome back CHA TAE HYUN!!! 
* 2 days 1 night!!!!!





Friday, 9 November 2012

movie: PUNCH a.k.a wan deuk

salam kalian. malam yang sunyi ditemani lagu2 dari epik high, boa, infinite, hyori dan hyuna, ingin aku kongsikan sedikit tirbute movie yang baru je aku tengok sejam yang lalu.
   
   seperti tajuk entri aku harini, punch a.k.a wan deuk. tak terlalu klise. tak terlalu prejudis. simple story line. kalau nak tengok untuk rileks2 je, boleh la tengok movie ni. melibatkan kisah hidup student bernama wan deuk yang suka gaduh2. salah satu puncanya, rakan sekolah dia sering ejek ayah dia yang bongkok dan digelar hunchback. ayah dia menyara keluarga dengan membuat persembahan di pub atau di pasar malam. 
   ada pulak sorang cikgu lelaki ni jiran dia. suka sibuk hal wan deuk. actually cikgu ni amik berat pasal die, tapi agak kasar la cara die. tapi masih kelihatan gagah. haha. 
   selanjutnya, tengok la sendiri. movie yang tak terlalu berat, tapi motif jalan cerita sangat jelas even tak ada konflik.

 
watak wan deuk,17 dimainkan oleh yoo ah in. nampak muda kan? 
movie ni tayangkan pada tahun 2011.

main poster. gambar atas tu cikgu homeroom dia. 

babak ketika di dalam kelas. sering berseorangan. tak suka berkawan. tapi ada awek cun.

babak ketika wan deuk, ayah, pakcik dan cikgu dia di depan rumah dia. konflik dengan jiran sebelah rumah.

hubungan antara cikgu dan pelajar yang erat dan saling memahami. 

pendapat aku tentang movie ni, jangan berasa rendah diri dengan kekurangan yang terdapat pada diri atau keluarga kita. anggap ia sebagai satu hikmah untuk kita terus maju menjadi orang yang berjaya. lagi satu, cari potensi diri. bukan semua orang boleh belajar kan? anggap kelebihan yang terdapat pada diri kita sebagai sumber kejayaan dalam kehidupan kita. sekian.

* puas hati dengan keseluruhan jalan cerita. yoo ah in, daebak!!!!!
* suka watak cikgu dan wan deuk. nak sangat dapat cikgu macam   ni :)