Friday, 23 November 2012

전 우 치, Jeon Woo Chi

     Assalamualaikum. hari ni nak preview sikit pasal drama terbaru dari Cha Tae Hyun, Jeon Woo Chi. Actually dulu Jeon Woo Chi ni adalah movie lakonan dari Kang Dong Won. Then diadaptasikan ke drama pulak sebanyak 20 episod ( kalau tak silap). 

   Kisah cerita ni simplo je. Kalau movie, die menceritakan mengenai ahli sihir berbakat, iaitu Jeon Woo Chi yang suka cari pasal dengan kenakalan dia. Selanjutnya, kene la tengok. Tak reti nak cerita lebih2. Hehehe. Tengok la. Tak rugi pun. Masih lagi berbaloi untuk ditonton. Tapi tak sure pulak versi drama ni still sama macam movie or sebaliknya.

ni lah jeon woo chi sebenar. lakonan yang hebat dan bertenaga dari abang hensem kang dong won. :)

main poster. lelaki kat depan tu jahat. perempuan tu pulak awek dia.
yang ni pulak jeon woo chi versi drama. lakonan dari pelakon master of comedy, cha tae hyun.

musuh utama jeon woo chi. tak taw nama apa.

gaya seorang ahli sihir.


      Aku suka versi movie dan drama. sebabnye aku suka lakonan kang dong won dan cha tae hyun. lebih2 lagi cah tae hyun, aku memang respect dengan lakonan die. aku follow movie2 die sebelum ni dan baru2 ni die terlibat dengan variety show, 2 days 1 night. 

      So sampai sini je tugas aku mempromosi cerita ni. Aku rekomen mana yang baik bagi aku untuk ditonton, tak kira la sape2 pun. Maaf la kalau ade kekurangan ke. Ape2 pun, untuk melakukan yang terbaik, semestinye kite kena berusaha keras, kan? :)

* hah, ketagih 2 days 1 night season 2. diorang berusaha nak naikkan rating balik. bukan kerja yang senang.  

Tuesday, 20 November 2012

각시탈 - GAKSITAL - BRIDAL MASK

main poster. GAKSITAL.

bridal mask a.k.a lee kang to & bestfriend, shunji. time ni abang & mak kang to, dan abang shunji mati dibunuh.

karisma watak utama yang menghidupkan jalan cerita.

sebab apa dipanggil bridal mask?? sebabnya tradisi perkahwinan masy. korea akan memerahkan pipi para pengantin ketika majlis 'akad nikah'.
watak bridal mask dimainkan oleh JOO WON.

tak dapat nak ulas panjang sebab baru je nak berjinak dengan cerita ni. kalau bukan die terlibat variety show 2 days 1 night, rasenye tak tengok la kot. hehe..

* tak sabar nak tunggu drama jeon woo chi pulak. welcome back CHA TAE HYUN!!! 
* 2 days 1 night!!!!!





Friday, 9 November 2012

movie: PUNCH a.k.a wan deuk

salam kalian. malam yang sunyi ditemani lagu2 dari epik high, boa, infinite, hyori dan hyuna, ingin aku kongsikan sedikit tirbute movie yang baru je aku tengok sejam yang lalu.
   
   seperti tajuk entri aku harini, punch a.k.a wan deuk. tak terlalu klise. tak terlalu prejudis. simple story line. kalau nak tengok untuk rileks2 je, boleh la tengok movie ni. melibatkan kisah hidup student bernama wan deuk yang suka gaduh2. salah satu puncanya, rakan sekolah dia sering ejek ayah dia yang bongkok dan digelar hunchback. ayah dia menyara keluarga dengan membuat persembahan di pub atau di pasar malam. 
   ada pulak sorang cikgu lelaki ni jiran dia. suka sibuk hal wan deuk. actually cikgu ni amik berat pasal die, tapi agak kasar la cara die. tapi masih kelihatan gagah. haha. 
   selanjutnya, tengok la sendiri. movie yang tak terlalu berat, tapi motif jalan cerita sangat jelas even tak ada konflik.

 
watak wan deuk,17 dimainkan oleh yoo ah in. nampak muda kan? 
movie ni tayangkan pada tahun 2011.

main poster. gambar atas tu cikgu homeroom dia. 

babak ketika di dalam kelas. sering berseorangan. tak suka berkawan. tapi ada awek cun.

babak ketika wan deuk, ayah, pakcik dan cikgu dia di depan rumah dia. konflik dengan jiran sebelah rumah.

hubungan antara cikgu dan pelajar yang erat dan saling memahami. 

pendapat aku tentang movie ni, jangan berasa rendah diri dengan kekurangan yang terdapat pada diri atau keluarga kita. anggap ia sebagai satu hikmah untuk kita terus maju menjadi orang yang berjaya. lagi satu, cari potensi diri. bukan semua orang boleh belajar kan? anggap kelebihan yang terdapat pada diri kita sebagai sumber kejayaan dalam kehidupan kita. sekian.

* puas hati dengan keseluruhan jalan cerita. yoo ah in, daebak!!!!!
* suka watak cikgu dan wan deuk. nak sangat dapat cikgu macam   ni :)

Tuesday, 16 October 2012

why so serious ~~

     Pejam celik pejam celik, akhirnya tiba jugak cuti sem yang ke 3. segala beban yang ditanggung selama 5 bulan lepas akhirnya telah dilaksanakan. alhamdulillah, setakat ni segala perancangan berjalan dengan lancar. sekarang ni just ready untuk program sem depan n tak lama lagi tunggu result pulak keluar. pergh, berdebar jugak ni. harapan agar result untuk sem ni ade la jugak peningkatan dari sebelumnya. AMIN... :)
     Cerita sini habis sini je. ape ek aku nak bercerita harini? hmm. aku nak bukak cerita pasal anak buah aku la. ada apa dengan budak ni? budak ni diberi nama Siti Naura Aryssa oleh kedua ibubapanya. bapak die adalah abang aku. mak die adalah kakak ipar aku. baru je umur 3 bulan. sedang membesar. baru nak belaja merangkak. tu pun tak taw lepas ke tak. aku tak berapa nak rapat n die lagi sebabnye aku tak banyak n tak sempat nak spend masa n die. tapi sempat jugak la aku skodeng time mak aku bagi mandi die. time mak aku pakaikan lampin untuk die. haha. sejak budak ni muncul, automatik aku mendapat pangkat auntie (tak payah nak auntie sangat la, mak cik je pun boleh kan). ayah aku jadi atuk, mak aku jadi nenek, nenek aku jadi moyang, abang aku jadi ayah. 
      Dengan kehadiran budak ni, aku boleh nampak dengan mata sendiri, betapa seronoknye mak n ayah aku jadi atuk n nenek. kalau sebut n tengok gambar cucu je, mesti diorang seornok, macam budak2 dapat gula2 lollipop je. aku pun tumpang je la sekaki. kalau itu yang bolehkan mak n ayah aku gembira, aku pun tumpang gembira sekali. 
     Ade la satu babak ni,time tu mak aku tengah maen n cucu die. aku pun join la nak menyibuk jugak. 
      aku : alolo, comelnye la budak ni. rase nak pulas je kepala die. mak suke ke ade cucu?
      mak : kenapa? sape tak suke kalau ade cucu? yela, hampa sume dah besar2, mak dah tak boleh nak maen macam hampa kecik2 dulu. masing2 dah duduk jauh n mak.
      aku : ala mak, biase la tu. kalau diberi pilihan, seri tak nak jadi dewasa, seri nak kekal jadi budak2. boleh selalu mena n mak n ayah. kan? kan?
     mak : ade2 je la. haaa, hang dah ade boyfriend ke belom?
     aku : kenapa mak?
     mak : umur macam hang ni dah kene cari sorang. tapi jangan cari unutk suke2. dah kene serius. 
     aku : ala mak ni, seri mude lagi la. baru umur 21.
     mak : memang la mude. tapi umur sekarang ni hang dah kene pikir masa depan. cari suami yang baek, soleh. lepas tu dapat anak.
     aku : hehe.
       Konklusi yang aku dapat, mak aku dah bagi green light nak kawen muda. tapi masalahnye aku pulak yang takde calon. yang tersirat pulak, mak aku excited nak timang cucu lagi le tu. hehehe. ape2 jela. kalau jodoh dah sampai, InsyaAllah sume akan berjalan lancar. seperti pesan mak n kakak aku, FOLLOW THE FLOW. :)

* aku ni demand sangat ke? salah ke kalau aku ade pilihan sendiri? huhu. :(

  

ayahku bersama cucu sulungnya.

cis, ingat comel la tu. menyampah. 

bapak n anak. 

gagah la muke tu. baru nak berlatih merangkak. lawak la budak ni. haha.

ok, awak memang comel. saya tak jeles pon. 

muke tak puas hati. sebab kene pakai reben kat kepala. rimas le tu.

anak perempuan son goku, son naura.

Sunday, 15 July 2012

tidak kenal maka tidaklah cinta...

      Assalamualaikum semua. pada hari yang indah dan permai ini, aku nak bukak cerita pasal "tidak kenal maka tidaklah cinta". kalau ikutkan perangai aku, aku suka judge orang yang first time aku jumpa. kebanyakannya semua yang buruk2. jahat kan aku?? hehe. ala, orang pun cakap aku ni nampak garang bile first time nampak aku, so adil la kalau aku judge diorang macam tu jugak kan? hehe. 
      salah satu pengalaman aku, ade la sorang hamba Allah ni, sama kos ngan aku jugak, tapi lain kelas. first time aku kenal dia, dia ni tak berkawan n budak perempuan. nak kata cantik, tak lah sangat. dalam kepala aku dah set macam2 benda buruk pasal dia. jangan mimpi la aku nak bercakap n dia sebab tengok budak tu macam kerek je. time ni 1st sem aku jadi student. so, memang aku tak berape kenal n dia sangat.
      sem 2, aku mula bercakap n dia. tu pun bila ada hal je. nak sembang2 kosong tu takde la. nasib baik la aku ni jenis sibuk hal orang lain n banyak mulut, aku pun tanya la dia, kenapa dia macam tka berkawan n budak perempuan? lepas disiasat, baru la aku tau kenapa. lepas dah lama berkawan n dia, aku dah boleh kenal siapa dia yang sebenarnya. dia ok je, yang tak masuk akalnya, boleh pulak ngam n aku. hehe..
     masuk sem yang ke 3, aku rapat n dia. dia digelar 'bfb' aku. dia banyak tolong aku time susah, kitorang bergembira sama2 time senang. Alhamdulillah, dia banyak bagi dorongan kat aku. time aku down, dia banyak bagi galakan kat aku. 
     setelah dibuat beberapa kaji selidik, kebanyakan orang yang aku pandang serong pada mulanya, akhirnya akan menjadi kawan baik aku. aku pun tak tau kenapa. mungkin bila kita dah mula pandang negatif kat seseorang, kita mula nak ambil tau pasal dia. kenapa dia macam tu, kenapa dia macam ni. 
     konklusinya di sini, kenal orang tu dulu, barulah kita judge dia orang yang macamana. semua orang tak perfect kan? so, terimalah orang lain seadanya. kalau berkawan pun jangan pulak nak memilih. nanti time kita susah, kawan tu jugak la kita nak cari nanti.  :)


* tidak memilih kawan kerana paras rupa, tapi memilih kawan kerana sifatnya. ;3


ni al budak yang aku cakapkan. nama glamor eton aka zaiton hanani. nama betul hanan aqilah.

pic ni time cari tempat untuk khidmat masy. alang2 dah jalan jauh, singgah jap kat  ldang anggur kat  sik, kedah.

perasan tak ape persamaan kitorang? hehe. spek kapel ni. 

some of my good friends. selalu tolong aku time susah dan senang.

orang kanan aku. 

segila aku, segila dia jugak. tapi aku lagi gila. hehe.

......

Sunday, 24 June 2012

~ dear my little brother ~

       ke hadapan budiman yang disayangi, semoga hang berada dalam keadaan waras dan rajin belajar memandangkan hang nak amik exam stpm tahun ni. mesti hang suke kan aku mention pasal hang kali ni. hehehe...
      weh, aku nak mintak maaf kalau aku ade buat salah kat hang. hang taw je la aku ni macamane. aku mane reti nak berkawan n budak laki. lantak la hang orang tu abang aku ke, adik aku ke. aku layan semua budak laki macam tu. sebab dah terbiase, aku pon terlayan hang macam kawan2 aku. 
      aku bukan saje2 tak cakap n hang elok2, tapi aku dapat taw yang hang buat benda yang tak sepatutnye hang buat. lagi la aku bengang. aku bukan tak nak tegur hang, tapi aku nak hang pikir sendiri. kalau benda tu baek untuk hang, teruskan. 
      lagi satu, thanks la sebab hang jage mak.aku jelas sebab hang rapat n mak. hang boleh sembang macam2 n mak. mak selalu ingat kat hang. nenek n angah pun selalu tanye pasal hang kalau hang tak balek kampung. aku tak suke kalau hang layan angah macam tu. angah tu amik berat pasal hang, tapi dah tu care die , nak buat macamane. kesian kat angah bile aku tengok hang layan die macam tu. tolong ek. kalau boleh aku nak hang layan angah macam hang layan mak jugak.  
     sori la kalau aku ade buat hang kecik hati n aku. aku teringin nak sembang2 n hang, jalan2 n hang, balek kampung same2 n hang, hang datang melawat aku kat sini. aku rindu gile2 kat hang. teringat mase kecik2 dulu, kalau hang sakit, mesti aku ade kat sebelah hang, jage hang. kalau maen je, mesti bergaduh. dah la mase bday aku dulu, hang tiup lilin kek aku. lepas tu nak conquer pulak kek tu.
     so, aku harap lepas ni kite boleh berdamai la ek. hang kan lelaki, takkan sensitif kot. kalau aku ade kacau hang tu, termia je la. aku kan takde kawan. 
   gud luck for your stpm exam nanti. aku doakan kejayaan hang nanti. aku taw hang boleh buat. jangan jadi macam aku, hang tu harapan mak n ayah. aku ni loser je. 
abang botak plkn.

mamat senget.

BOYot.

weh, kalau budak kos aku nak ngorat hang boleh?

you're my baby brother forever. XOXO!
  * asal name hang je, mesti ade name aku. SERI BUDIMAN. nampak sangat hang sayang kat aku kan?????

Monday, 4 June 2012

kisah aku, kampung halaman & nenek

home sweet home.
     
Aku merupakan cucu kepada nenek aku yang ke-4. nenek aku menjadi janda dalam usia yang muda, 50 tahun, ketika setahun selepas kelahiran aku. jurang antara ayahku & nenekku hanya 10 tahun. ini kerana nenek aku kahwin pada usia yang muda. 
   Ada apa dengan nenek aku? ada apa dengan kampung halamanku? seminggu aku meluangkan cuti sem bersama nenek, teringat kenangan2 semasa aku masih kecil di rumah lama. kalau dulu, hampir setiap cuti keluarga aku akan balik ke kampung, even weekends. ketika itu rumah masih tidak lagi dimodified seperti sekarang, 50% papan 50% batu. kini, 20% papan 80% batu. dulu, hampir setiap hari nenek aku mampu menyapu segenap pelusuk rumah, termasuk luar & dalam. kini, tugasnya diambil alih oleh aku. setiap kali balik cuti, aku lah yang kene handle seluruh kawasan dalam rumah. ayah aku ambil alih kawasan luar rumah. 
   Kalau dulu nenek aku berjalan selaju kipas angin yang dipasang pada volume 1, kini dia terpaksa bertongkat, bertungku setiap malam kerana kaki dia tidak sekuat dulu. kalau dulu halaman rumah selalu kelihatan sangat bersih, kini hanya once in the blue moon saja halaman rumah looks clean & clear. 
   Time rumah lame dulu, adik beradik aku selalu tido kat ruang tamu beramai2 kalau ade sedara mara datang, termasuk la dengan mak & ayah aku. kadang2 nenek pun join sekali. sebab dulu bilik ade 2 je. tak muat kalau semua nak tido kat dalam bilik. sekarang, Alhamdulillah, nenek aku dah ada bilik sendiri. selesa, & ade privasi.   
   Di rumah lama, aku selalu main nyorok2 dengan adik2 aku. Rumah dulu banyak ruang yang boleh dijadikan tempat menyorok, tapi rumah kini tiada ruang untuk menyorok. macamane nak main dengan anak buah nanti? huhu.. masa kecik2 dulu pon, kitorang selalu main layang2 kat belakang rumah ( sawah padi ), dengan surat khabar je. kadang2 tolong nenek petik buah pelam wangi kat tengah2 bendang. ade rezeki, dapat la dalam 2 3 guni.
belakang rumah nenek. kawasan sawah padi. kalau time padi dah di tuai, kitorang maen layang2. kadang2 jalan2 sampai kampung sebelah.

suasana time nak masuk senja. kalau memancing, boleh dapat ikan banyak,. kitorang gune tempirai, lebih kurang macam bubu jugak la.

  Baru2 ni, aku tolong nenek aku buat minyak kelapa. first time aku tolong dari kupas sabut kelapa sampai la proses santan gune manual. kalau time kecik2 dulu, kakak & abang aku yang banyak tolong nenek. aku just tolong menyibuk je. tapi sekarang diorang dah kahwin, so kirenye aku dah pegang jawatan ' kakak sulung ' kepada adik2 aku. 
    Alhamdulillah, satu je yang berubah pasal nenek aku. dia suke buat kuih. rasa kuih dari hasil tangan die tak pernah berubah dari aku kecil sampai la sekarang. kuih pau, keria, wadai kipeng, lepat pisang, pelat ubi, kalakatar, agar2 bandung roti, apam, bahulu, dodol, masih lagi menjadi favourite makanan aku hingga sekarang. aku harap anak2 aku sempat rasa air tangan nenek aku. aku berterima kasih banyak2 kepada nenek aku sebab sanggup bela aku mase kecik2 dulu. seri sayang nenek selamanya!!!! =)
my nenek with my sister.  semoga nenek sihat selalu. =)

*  selalu mimpi rumah yang lame. rindu rumah lame. rindu family lame. rindu kawan2 lame. rindu kenangan2 lame.     

Wednesday, 23 May 2012

드디여 ! aka akhirnya !

akhirnya, dan akhirnya! even tak semua, tapi most of it!! hehe. aku puas seketika. sememangnya hobi aku mengumpul, kali ni aku cube mengumpul movie2 dari pelakon yang digelar sebagai jim carrey korea, cha tae hyun. 


review sikit pasal die. mase aku tengok variety show korea "family outing", memang aku menyampah ngan die. tak reti nak dok diam. suke sangat menyakat orang. dah la malas pulak tu. lepas tu aku tengok pulak "runningman", pon aku still tak suke die jugak. mentang2 la kim jongkook tu bestfriend die. huh! 


tapi, keadaan kini telah berubah. ade la satu hari tu, aku nak cari drama korea ape yang best nak ditengok. aku try la nak tengok drama the accidental couple a.k.a that fool. tetibe je ade list keluar movie tajuk ba:bo the miracle of giving fool. starring cha tae hyun n ha ji won. tanpa ragu2, aku pon terus klik kat link yang ade kat situ. aku pon tengok la movie tu sampai habis. AWESOME! sangat kemanusiaan movie tu. menangis aku tengok. huhuhu... 


semenjak kejadian itu, aku terus memburu movie2 lakonan cha tae hyun. result nye tak menghampakan aku. most of movie die memang sangat bagus di tonton. takde scene2 yang menggairahkan, sesuai budak2 menonton n penuh dengan pengajaran. sebagai seorang wanita, aku menangis kerana terlalu menghayati movie2 die, sangat touching!


kepada cha tae hyun, saya berharap awak dapat menghasilkan karya2 yang bermutu dan memberi kesan kepada masyarakat. tak sabar tunggu movie baru dari awak, the great heist. saya akan terus menyokong awak dari belakang. hwaiting!!!! :) 
( saya dah jadi one of your fan club, agape!)


2 days 1 night season 2. dari kiri : seungwoo, joo won, sikyung, taewoong, jongmin, cha taehyun, sugeun. die ni suke gelak.

BA;BO the miracle of giving fool. dalam movie ni, die bawak watak  jadi  orang lembam yang terpaksa jaga adik die yang bersekolah. so die jual roti bakar kat sekolah adik die.

two guys. tak tengok lagi movie ni. die bawak watak kasanova. tak sure jalan cerita macamane.  yang aku taw, nanti die ade problem n gengster.

champ. adaptasi dari cerita sebenar. berkisar mengenai seekor kuda yang mengalami accident,  paham2 la kalau kuda dah ade penyakit @ injured, sememangnye layak untuk dijual @ dimakan. dalam movie ni, die pegang watak sebagai jocker yang mengalami accident jugak dan kehilangan isteri tersayang, die latih kuda tersebut sehingga berjaya ke ke peringkat akhir perlawanan lumba kuda. 

my sassy girl. movie yang menaikkan name die sebagai pelakon komedi. jangan main2 n movie ni, sampai mat salleh pon buat dalam versi diorang. orang jepun pon buat drama pasal cerita ni. movie komedi yang mempunyai kutipan yang paling tinggi sehingga kini. diadaptasi dari kisah benar yang bersumberkan dari internet.

speedy scandal. dalam movie ni, die pegang watak sebagai seorang dj, yang mana satu hari die dihadiri oleh seorang remaja perempuan dan seorang budak lelaki. pompuan tu anak die, n budak lelaki tu adalah cucu die. hoho. 

my girl and i . tak tengok lagi movie ni. ending movie, heroin mati sebab sakit ape ntah. 

hello ghost. ending yang tak boleh nak predict. movie ni memang best. mamat ni try nak bunuh diri. tapi satu hari , die berkebolehan nampak orang yang dah mati. 

highway star. dari seorang vokalis untuk rock band, die famous sebagai artis dengan menyanyikan lagu2 trot ( kalau kat malaysia, trot ni macam dangdut la). 

sad movie. gabungan beberapa kisah dari orang2 yang berbeza.  tak tenogk lagi movie ni, baru je habis download.

kepada kalian2 yang sukakan movie berkisarkan kekeluargaan dan berpengajaran, aku syorkan tengoklah movie2 dari cha tae hyun. takde scene2 yang terlalu menjolok mata, selamat ditengok semua golongan umur. kebanyakan lagu2 ost, die la yang menyanyi. hebat kan? hehehe. :)

* suke tengok cha tae hyun, kim jongkook n jang hyuk. tak sangke pulak diorang ni bestfriend. masing2 perwatakan berbeza, tapi boleh ngam among each other.

Wednesday, 16 May 2012

what a wonderful world....?

     Kalau dah name cuti, memang cuti sungguh. nak keluar rumah tu dalam mimpi je. condition aku untuk cuti ni dalam kritikal. hormon aku buat hal. habis muke aku penuh jerawat. salah makan idok la pulak. aku habiskan duit belanja aku untuk membeli ubat2 yang dianggap mujarab menghilangkan segala jerawat serta parut2nye. survey internet, ramai yang ade masalah yang same gune DALACIN T ( beli kat farmasi about rm35, hrga asal rm45, aku dapt murah sebab pernah kerja kat farmasi dulu ). aku baru je pakai dalam 4 hari. effect setakat ni, menatang ni percepatkan proses kematangan jerawat. kalau nak tengok keberkesanannya, kene tunggu dalam 2-3 minggu. semoga mental dan jasad aku bersabar dalam proses tersebut...   
      
 Most of my time mengadap laptop. aku jarang main fb, bosan. kadang2 je bukak. so, aku sibukkan meng"download" movie2 yang aku rase best, antaranya movie2 stephen chow. ade la dalam 6 movie; hail the judge, royal tramp I & II, flirting scholar, jutice my foot, fight back to school. antara fav movie aku & paling lawak bodo.   aku ade layan gak drama2 korea online. drama rooftop prince, thank you, the moon that embraces the sun, protect the boss, the babyfaced beauty, dll. nampak sangat dah takde bende nak buat. adik2 pulak ade dok asrama, so terkontang la aku sebagai remaja di rumah. nak kerja malas. better aku jadi orang gaji sementara kat rumah, dapat jugak pahala. 
     
      Aarghhh... semalam aku dengar kabar BIGBANG nak datang Malaysia nak buat konsert. tak sure bile. aku tak suke!! sebabnye aku tak boleh nak join. harga tiket konfirm2 dah mahal. kalau aku gi nanti, nak stay kat mane? nak gi dengan sape pulak? aargh!!! takkan aku nak simpan duit semata mata nak tengok konsert diorang pulak? my solution : aku kena menghadapi kenyataan. kalau ade rezeki, aku join. aku takkan sia2kan duit simpanan aku. aku kena kuatkan iman. semua ni DUGAAN. 
     
      Aku respect la sape yang tak minat kpop ni. sebab diorang dalam golongan yang cekal dan tabah. bahana minat kpop ni sangat la parah. bile dah minat seseorang artis ni, memang minat gila2 la gua cakap. aku sendiri pun dah jadi tak betul. 24 jam korea je. semua benda nak dizahirkan dengan muke2 orang korea. nasib baik, zaman tu dah berlalu. sekarang ni aku boleh kawal 'kegilaan' kpop dalam diri aku. aku minat yang betul2 ada bakat je. yang lebih2 tu aku dah tak heran. kalau dulu, semua lagu korea yang ade nak je aku download. Alhamdulillah, aku kini kembali normal. hohoho..... orang ade cakap ( orang2 berilmu ) kpop ni berhala moden. ketaksuban masyarakat sekarang terhadap sesama manusia sehingga boleh melalaikan seseorang untuk  melaksanakan ibadah. bahaya tu. ade yang taksub sampai order satu set alas bantal n selimut n cadar dengan figure fav. artis diorang, kononnye dapt tido sekali n diorang, nak selalu mimpikan diorang. ape kejadah la. aku dulu pun nyaris2 jugak nak jadi macam tu. 
      
    Tak sabar nak balik kampus. aku dah plan macam2. aku nak backpack travel area penang, naik train mengelilingi malaysia. hoho!! 


suke tengok pic ni. muat pulak mamat ni selit celah bas. haha! my giant-caring brother.


Saturday, 5 May 2012

~ 5 tahun dari sekarang ~

gunung jiri @ jirisan
 terpengaruh dari variety show, 2 days 1 night. tempat ni sangat cantik. target aku  ak tawan gunung2 yang ada kat dunia ni sebanyak yang boleh. gunung jiri temasuk dalam list aku.

gunung serak @ seorak san
 antara gunung yang tertinggi kat korea. masih terpengaruh dengan variety show, 2 days 1 night. aku masukkan gunung ni dalam list projek mendaki aku. woohoo!
pulau nami @ namido
 kebanyakan orang taw tempat ni sebab tengok drama winter sonata. tapi bukan aku. aku taw tempat ni dalam variety show, 2 days 1 night jugak. aku ingat lagi dalam mission game,team 2d1n kene lari relay dalam masa yang ditetapkan. so, diorang gune scene ni untuk siapkan mission tu. at last, diorang berjaya jugak. i love this place. and i miss them too.
pulau jeju @ jejudo
 yang ni memang tempat aku wajib gi. nyaris2 nak join dlam list 7 keajaiban di dunia. aku mula taw detail pasal tempat ni dari drama jewel in the palace. asal tempat ni dulu untuk pesalah yang buat jenayah. termasuk jugak la dayang2 @ pembesar2 @ tabib2 istana yang didapati bersalah. selain tu, 40% sumber
teh adalah dari pulau jeju. sape2 yang tengok runningman & summer scent, diorang ade gunekan scene ladang teh untuk penggambaran.

waterfall di gunung jiri @ jirisan  
kalau tengok dalam gambar, tak secantik gambaran yang gambar ni bagi. aku tengok dalam variety show 2d1n, tempat ni sangat la cantik. kene daki dalam2 gunung jiri, baru jumpe tempat ni,

sebelum aku gi tempat2 ni, aku kene khatam dulu tempat kelahiran aku. bile aku gi negara orang, boleh aku promote negara aku pulak. whatever it is, saya bangga menjadi rakyat Malaysia!

* masa kecik2 dulu, terdetik nak gi negara yang produce keju. aku lupe negara mana.