Tuesday, 7 May 2013

sahabat sampai ke liang lahad.

"Bersahabatlah ibarat sepohon pokok, yang berakarkan KESETIAAN, berbatangkan KEIKHLASAN, berdahankan KEJUJURAN, berantingkan KESEFAHAMAN dan berdaunkan KASIH SAYANG."

"Persahabatan itu seperti mata dan tangan. Ketika tangan terluka mata menangis. Ketika mata menangis tanganlah yang menghapuskannya, dan orang mengenali benar sahabat-sahabatnya ialah pada waktu dia dalam keadaan susah."

        Kalau nak didefinisikan maksud kawan atau sahabat memang banyak. Salah satu contoh yang boleh aku bagi seperti di atas. Selain daripada family, sedara mara & guru2, sahabat antara orang yang paling hampir dan sangat memahami kita. Macam2 jenis sahabat boleh kita jumpa. 
       Contoh macam aku, sepanjang hidup aku, dah macam2 jenis manusia aku jumpa sejak masuk U. Kalau setakat sekolah dulu, mungkin masa tu budak2 lagi, so tak berapa nak nampak sangat karakter kawan2 aku. Bila dah masuk U, hanya Tuhan je yang tahu. Kau cakap je kau nak kawan jenis macamana, mesti ada. Kalau setakat sorang dua takpe lagi, yang ni dia bawak geng2 sekali. Haha. Nasib baik la imuniti aku kuat sikit. Tapi masih jugak berjangkit sikit2.
      Walaupun dah macam2 karakter manusia aku dah jumpa, alhamdulillah aku boleh terima kawan2 aku seadanya. Sedangkan diri sendiri pun ada kelemahan, masakan kelemahan orang lain kita tak boleh nak terima. Apa2 pun, aku bersyukur. Sejahat2 aku, ada jugak orang nak buat kawan. Hehe. 
      So, kepada kawan2 (especially budak2 environmental health 2011/2013), terima kasih dan tahniah kerana kita sama2 berjaya mengharungi liku2 perjuangan kita bersama hingga ke akhir. Sapa2 yang pernah kena buli dengan aku, mintak maaf sangat2. Biasa la, sebagai orang paling tua, dia ada hak lebih sikit. Hehe.
       Tak lupa juga pada pensyarah2 yang banyak membantu dan beri tunjuk ajar. Seumur hidup aku, ini kali pertama aku rapat & memiliki guru2 yang sangat caring pasal anak2 murid mereka. Dan yang paling best, aku dapat lecturer pelbagai kaum. Ada Melayu, Cina & India. Best woooo!!!

# tidak lupa juga pada arwah Bashirah. Tak sempat nak mintak maaf sebelum dia pergi. Aku banyak buat salah dengan dia sepanjang bersama dengan dia. Apa2 pun, she's my lovable sister ever. Al-Fatihah.