Wednesday, 23 May 2012

드디여 ! aka akhirnya !

akhirnya, dan akhirnya! even tak semua, tapi most of it!! hehe. aku puas seketika. sememangnya hobi aku mengumpul, kali ni aku cube mengumpul movie2 dari pelakon yang digelar sebagai jim carrey korea, cha tae hyun. 


review sikit pasal die. mase aku tengok variety show korea "family outing", memang aku menyampah ngan die. tak reti nak dok diam. suke sangat menyakat orang. dah la malas pulak tu. lepas tu aku tengok pulak "runningman", pon aku still tak suke die jugak. mentang2 la kim jongkook tu bestfriend die. huh! 


tapi, keadaan kini telah berubah. ade la satu hari tu, aku nak cari drama korea ape yang best nak ditengok. aku try la nak tengok drama the accidental couple a.k.a that fool. tetibe je ade list keluar movie tajuk ba:bo the miracle of giving fool. starring cha tae hyun n ha ji won. tanpa ragu2, aku pon terus klik kat link yang ade kat situ. aku pon tengok la movie tu sampai habis. AWESOME! sangat kemanusiaan movie tu. menangis aku tengok. huhuhu... 


semenjak kejadian itu, aku terus memburu movie2 lakonan cha tae hyun. result nye tak menghampakan aku. most of movie die memang sangat bagus di tonton. takde scene2 yang menggairahkan, sesuai budak2 menonton n penuh dengan pengajaran. sebagai seorang wanita, aku menangis kerana terlalu menghayati movie2 die, sangat touching!


kepada cha tae hyun, saya berharap awak dapat menghasilkan karya2 yang bermutu dan memberi kesan kepada masyarakat. tak sabar tunggu movie baru dari awak, the great heist. saya akan terus menyokong awak dari belakang. hwaiting!!!! :) 
( saya dah jadi one of your fan club, agape!)


2 days 1 night season 2. dari kiri : seungwoo, joo won, sikyung, taewoong, jongmin, cha taehyun, sugeun. die ni suke gelak.

BA;BO the miracle of giving fool. dalam movie ni, die bawak watak  jadi  orang lembam yang terpaksa jaga adik die yang bersekolah. so die jual roti bakar kat sekolah adik die.

two guys. tak tengok lagi movie ni. die bawak watak kasanova. tak sure jalan cerita macamane.  yang aku taw, nanti die ade problem n gengster.

champ. adaptasi dari cerita sebenar. berkisar mengenai seekor kuda yang mengalami accident,  paham2 la kalau kuda dah ade penyakit @ injured, sememangnye layak untuk dijual @ dimakan. dalam movie ni, die pegang watak sebagai jocker yang mengalami accident jugak dan kehilangan isteri tersayang, die latih kuda tersebut sehingga berjaya ke ke peringkat akhir perlawanan lumba kuda. 

my sassy girl. movie yang menaikkan name die sebagai pelakon komedi. jangan main2 n movie ni, sampai mat salleh pon buat dalam versi diorang. orang jepun pon buat drama pasal cerita ni. movie komedi yang mempunyai kutipan yang paling tinggi sehingga kini. diadaptasi dari kisah benar yang bersumberkan dari internet.

speedy scandal. dalam movie ni, die pegang watak sebagai seorang dj, yang mana satu hari die dihadiri oleh seorang remaja perempuan dan seorang budak lelaki. pompuan tu anak die, n budak lelaki tu adalah cucu die. hoho. 

my girl and i . tak tengok lagi movie ni. ending movie, heroin mati sebab sakit ape ntah. 

hello ghost. ending yang tak boleh nak predict. movie ni memang best. mamat ni try nak bunuh diri. tapi satu hari , die berkebolehan nampak orang yang dah mati. 

highway star. dari seorang vokalis untuk rock band, die famous sebagai artis dengan menyanyikan lagu2 trot ( kalau kat malaysia, trot ni macam dangdut la). 

sad movie. gabungan beberapa kisah dari orang2 yang berbeza.  tak tenogk lagi movie ni, baru je habis download.

kepada kalian2 yang sukakan movie berkisarkan kekeluargaan dan berpengajaran, aku syorkan tengoklah movie2 dari cha tae hyun. takde scene2 yang terlalu menjolok mata, selamat ditengok semua golongan umur. kebanyakan lagu2 ost, die la yang menyanyi. hebat kan? hehehe. :)

* suke tengok cha tae hyun, kim jongkook n jang hyuk. tak sangke pulak diorang ni bestfriend. masing2 perwatakan berbeza, tapi boleh ngam among each other.

No comments:

Post a Comment