Wednesday, 13 February 2013

cuti raya cina

         cuti raya cina. sama je macam cuti tahun tahun sebelum ni. tapi cuti kali ni mak suruh balik kampung. sebabnya ada kenduri tunang anak anak tok su dan tolong nenek buat minyak kelapa. actually dalam setahun nenek aku mesti buat minyak kelapa dan aku serta adik beradik yang lain jadi buruh kerahan nak tolong nenek kitorang. hmm. agak seronok. tapi agak penat jugak. kali ni hanya aku, nenek dan adik adik pompuan aku je yang buat kerja ni.
       
        dulu masa kecik kecik, seronok sikit buat kerja ni sebabnya ada kakak aku, abang abang aku, adik adik aku. so, kitorang akan amik giliran dan semua orang kena buat jugak. hehe. bukan setakat buat tu je, kitorang ada la jugak sembang sembang kosong, sakat menyakat. seronoknya waktu tu. aku selalu jugak mengelat dan selalu jugak kena marah. haha.

        haaa, kalau korang nak taw macamana nak buat minyak kelapa tu, jemput la datang kampung nenek aku. tapi just for orang yang aku kenal je ok. seronok. aku jamin. tapi takde la seronok sampai tak ingat dunia pulak. seronok biasa biasa je.

        sekali lagi aku ditocher oleh mak dan kakak aku. mak aku selalu mention umur aku. 22. lagi 2 tahun boleh tunang la, boleh kawen la. jadi, apa maksud tersirat beliau? hmmm. mungkin dia nak aku jadi surirumah berjaya? mungkin beliau mahu ikut mengikut trend kawen muda? ataupun.....

        kakak aku pulak ingat aku ni umur 24. errr. actually tu lagi 2 tahun ek along. haih, apa kena la dengan familly aku ni. aku ni dah la miskin hina. boypren pun takde lagi. apetah nak bertunang kawen bagai. takpe takpe, semalam aku dah try approach orang yang aku suka 3 tahun. tapi aku rasa macam tak kena la. huhuhuhu.

         so, thats all from me today. sembang sembang kosong lagi tak bermakna. sesi perluahan masalah selesai di sini.

* hmmm. masalah masalah yang belum boleh lagi diselesaikan. kena tunggu lagi 5 tahun. dan kurang.

No comments:

Post a Comment