| home sweet home. |
Aku merupakan cucu kepada nenek aku yang ke-4. nenek aku menjadi janda dalam usia yang muda, 50 tahun, ketika setahun selepas kelahiran aku. jurang antara ayahku & nenekku hanya 10 tahun. ini kerana nenek aku kahwin pada usia yang muda.
Ada apa dengan nenek aku? ada apa dengan kampung halamanku? seminggu aku meluangkan cuti sem bersama nenek, teringat kenangan2 semasa aku masih kecil di rumah lama. kalau dulu, hampir setiap cuti keluarga aku akan balik ke kampung, even weekends. ketika itu rumah masih tidak lagi dimodified seperti sekarang, 50% papan 50% batu. kini, 20% papan 80% batu. dulu, hampir setiap hari nenek aku mampu menyapu segenap pelusuk rumah, termasuk luar & dalam. kini, tugasnya diambil alih oleh aku. setiap kali balik cuti, aku lah yang kene handle seluruh kawasan dalam rumah. ayah aku ambil alih kawasan luar rumah.
Kalau dulu nenek aku berjalan selaju kipas angin yang dipasang pada volume 1, kini dia terpaksa bertongkat, bertungku setiap malam kerana kaki dia tidak sekuat dulu. kalau dulu halaman rumah selalu kelihatan sangat bersih, kini hanya once in the blue moon saja halaman rumah looks clean & clear.
Time rumah lame dulu, adik beradik aku selalu tido kat ruang tamu beramai2 kalau ade sedara mara datang, termasuk la dengan mak & ayah aku. kadang2 nenek pun join sekali. sebab dulu bilik ade 2 je. tak muat kalau semua nak tido kat dalam bilik. sekarang, Alhamdulillah, nenek aku dah ada bilik sendiri. selesa, & ade privasi.
Di rumah lama, aku selalu main nyorok2 dengan adik2 aku. Rumah dulu banyak ruang yang boleh dijadikan tempat menyorok, tapi rumah kini tiada ruang untuk menyorok. macamane nak main dengan anak buah nanti? huhu.. masa kecik2 dulu pon, kitorang selalu main layang2 kat belakang rumah ( sawah padi ), dengan surat khabar je. kadang2 tolong nenek petik buah pelam wangi kat tengah2 bendang. ade rezeki, dapat la dalam 2 3 guni.
| belakang rumah nenek. kawasan sawah padi. kalau time padi dah di tuai, kitorang maen layang2. kadang2 jalan2 sampai kampung sebelah. |
| suasana time nak masuk senja. kalau memancing, boleh dapat ikan banyak,. kitorang gune tempirai, lebih kurang macam bubu jugak la. |
Baru2 ni, aku tolong nenek aku buat minyak kelapa. first time aku tolong dari kupas sabut kelapa sampai la proses santan gune manual. kalau time kecik2 dulu, kakak & abang aku yang banyak tolong nenek. aku just tolong menyibuk je. tapi sekarang diorang dah kahwin, so kirenye aku dah pegang jawatan ' kakak sulung ' kepada adik2 aku.
Alhamdulillah, satu je yang berubah pasal nenek aku. dia suke buat kuih. rasa kuih dari hasil tangan die tak pernah berubah dari aku kecil sampai la sekarang. kuih pau, keria, wadai kipeng, lepat pisang, pelat ubi, kalakatar, agar2 bandung roti, apam, bahulu, dodol, masih lagi menjadi favourite makanan aku hingga sekarang. aku harap anak2 aku sempat rasa air tangan nenek aku. aku berterima kasih banyak2 kepada nenek aku sebab sanggup bela aku mase kecik2 dulu. seri sayang nenek selamanya!!!! =)
![]() |
| my nenek with my sister. semoga nenek sihat selalu. =) |
* selalu mimpi rumah yang lame. rindu rumah lame. rindu family lame. rindu kawan2 lame. rindu kenangan2 lame.

tq so much. senang la nenek lepas ni. x payah susah2 panaskan batu. thanks once again. :)
ReplyDelete